My VIew Page

Jumaat, 13 September 2013

Di kota jeddah

Di kota jeddah tak sah kalau tak kluar jenjalan ...kata org sambil menyelam minum air . kang minum air masin kembung lak perut ni , bak kata org la bukan rizky yang cakap tau . nasib baik ada teman bershopping , thank you rizal sbb setia menemaniku ...wah gitu... Ok la ouls till then will update u guys soon..

Ahad, 25 Ogos 2013

Terima kasih daun keladi

Hello my blog , iam here again... Ceh wahhh here again katanya.. Tak der la just to keep update rizky akan bertukar butik from serdang to cheras . haha kita upgrade sikit , alhamdulillah dgn rezeki yang diberi . Location and opening akan dimaklumkan , but the biz operation still berjalan .. To all thanks for support .. Till then tunggu next story from me ok .

Rabu, 31 Julai 2013

Last week sales at komplex kraf jalan conlay

Event : Bazar Raya di komplex kraf malaysia jalan conlay

Booth : busaan Rizky dan perhiasan diri

Tarikh : Dari 24/07 hingga 03-08-13

Sales rahmadan , jom beramai ..

Isnin, 22 Julai 2013

Hamper for Raya gift at Tropicana city mall

Hamper raya exclusive kepada family , setiap hamper ada terselit sepasang samping songket lelaki , butang baju melayu , selendang perempuan dan kerongsang . Range price dari rm 280- rm 350 . for those yang mencari gift sila berkunjung ke tropicana mall from 18/07 - 05/08 . Dan disini juga rizky ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa ..

Selasa, 9 Julai 2013

SELAMAT BERPUASA

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang Maha Esa telah memberiku sihat tubuh badan supaya mampu menunaikan perintahNYA .

Kepada semua mukmin dan mukminah selamat mengerjakan rukun-Nya .


Thanks to my staff untuk menolong rizky for new project Raya gift hamper yang bakal berada di tropicana mall dr 18/07/13-05/08/13 nanti. What that i like abt them is they do the hamper as a gift to family , so maknanya ada samping songket , butang baju melayu untuk lelaki dan for ladies of coz ada selendang dan brooch for u . 

Ok la nak gi sahur dulu , so once again selamat berpuasa dan berbuka puasa --RIZKY

Ahad, 7 Julai 2013

Counting day , PUASA..

Pejam celik , pejam dan celik celik dah nak puasa . Insyallah esok atau lusa maka dengar la mohor mohor besar nak announce nampak anak bulan .

Selepas event promosi kerja kahwin rezeki yang diberikan bercurah - curah . Bulan rahmadan ni rizky akan buka beberapa booth bagi sesiapa yang belum sempat mencari baju raya dan perhiasan diri.

BOOTH :

1- KOMPLEX KRAF MALAYSIA , JLN CONLAY ( RTW SPOSABYRIZKY )

2- TROPICANA MALL ( HAMPER EXCLUSIVE GIFT Eid Emerald by Rizky  )

3- SEREMBAN

Itu sahaja info untuk today , happy weekdays and assalamualaikum ..

Rabu, 26 Jun 2013

Promosi Kerja Kahwin 2013 Part 3

- WEDDING EVENT -

1st of all thanks to MR.Yusuf and lovely wife MRS. Yuli for coming to this event . The wedding dress for Yuli is sweet pink off shoulder and White bow at the hip .
Thanks again for both of u and may got bless u both ... Love : Rizky

Sabtu, 22 Jun 2013

Promosi Kerja Kahwin 2013 Part 2


PROMOSI KERJA KAHWIN 2013



Senang jer zaman sekarang tangkap jer banner terus upload 

Ini adalah hari pertama kat booth . konsep booth kali Ialah Bertemakan "Ice of the angle" ala bidadari Dekat ice ...


Gambar kami berdua ( kiri : Zamin dan kanan : rizky ) 


Ini adalah contoh hantaran pengantin .
Taaa daaa ... collection baru .. :) 

PROMO : Anda akan dapat harga promo yang ditawarkan bagi baju dan pelamin dengan LOCK @ BOOKING dengan membayar deposit sebanyak RM300,  walaupun tarikh perkahwinan ialah pada tahun depan , bermakna tempoh adalah dalam setahun dr tarikh resit yang dikeluarkan .
 
PROMOSI TERHAD 

Sabtu, 15 Jun 2013

Kerja Kawin komplex kraftangan malaysia , jln conlay , K.L



Antara koleksi Inspirasi pakaian pengantin rekaan rizky tercetus drpd pleating dan drapping mengunakan fabrik sifon pada patung . baju pengantin berlengan ternyata membawa element romantik dan lemah lembut . gaya siluet kemas yang dipadankan dgn fabrik sifon ,sutera dan perincian manik dan butiran kristal swarovski menyerikan gaun dgn rekaan empire waist dan potongan mermaid gown sesuai untuk dipakai pd hari persandingan, potong kek dan sesi pre fotoshoot ..

Bagi yang bertandang ke majlis tidak sah juga jika tidak berhias dan menonjol baju masing2 .   Bakal pengantin dan pencari baju pereka boleh la berkunjung di expo nanti untuk berbincang , memberi pendapat , quotation , harga promo dan lain2.....so i hope will see u oulls there from 19th jun - 01st july . xoxo nak sambung balik cucuk tangan ... :)

Rabu, 5 Jun 2013

Fotoshoot collection raya part 1 .....

Alhamdulillah , selesai juga fotoshoot untuk raya ni . Kali ini rizky mempertengahkan warna pastel dan hijau elmeral exclusive untuk collection baju raya limited edition . hehe maknanya baju adalah khas untuk uolls .. 



Antara Himpunan baju warna pastel (seperti diatas ) dan bagi yang berani , elmeral green (picture dibawah ) memang sesuai untuk uolls seperti Baju yang di peragakan oleh HAIZA dan ANZALNA . 



Baju adalah terhad 1st come 1st serve , bagi sesiapa yang berminat pm rizky .. sedar tak sedar sambil update blog matahari dah naik dah so time for sleep la ni , mata dah mcm panda dah uolls ... zzzZZZZzzz




Selasa, 4 Jun 2013

Alahai Kain Songket ooo Songket


Pemuda pemudi kalau berkain songket
Alangkah indah berseri bertambah cantik
Kainlah songket tenun melayu
Mula asalnya dari terangganu

Oh abang yang manis 
Oh Nona yang lawa 
Pakai la kain songket 
Pakaian budaya 

Itu lah lagu yang dinyayikan oleh Allahyarham Puan Sri Saloma , org dulu2 memang suka berbahasa contohnya , jika jadi bunga kena lah ada kumbang nya , jika jadi songket maka kena jadi apa yer ? Walaupun dunia dan zaman semakin maju , budaya dan jati diri tetap tak dilupakan . 

Ada yang tanya rizky , kalau pakai kain songket tak panas ke , tak rimas ke , tak nampak keras ke ? Hehehe biasa didengar bukan ? tapi camana nak jawab yer , sebenarnya ada teknik2 untuk memilih kain songket , tak boleh la main taram jer betul tak . Sebab itu la kita kena cari kain yang bermutu , walaupun mahal sikit tapi masa memakainya rasa selesa , tak der la masa pakai terasa ada benda cucuk , teknik menjahit juga rizky titik beratkan juga sbb kalau tak nnt nampak tegang je baju tuh . rizky juga suka memodenkan baju traditional supaya seiring dengan peredaran semasa .

 

Ok , now baju songket dah nak siap , 1,2,3.... 



Gabungan Extravaganza traditional dan moden maka terciptalah collection Wedding Songket 


Check finishing , bukannya apa takut kain senget sebelah ke apa ke , tak salah check for last detail .. 


Baju pengantin lelaki juga kena la match ngan pengantin perempuan , sentuhan detail dibahu  membuatkan baju lelaki nampak unik ..


Selamat pengantin baru diucapkan untuk kedua mempelai ini , semoga bahagia dan berkekalan hingga anak , cucu , cicit ...Amin 


P/S: sesiapa yang berminat nak membeli kedua baju pengantin ni boleh la email atau tinggalkan pesan kat instagram... :) salam sayang dari rizky .



Isnin, 3 Jun 2013

Ku sangka hujan , rupanya terik !

Panas nya cuaca hari ni , semua benda yang nak buat jadi serba tak kena ... Tak per cuaca panas ke sejuk ke rizky tetap will update the blog ... Anyway to all dears yang ada instagram , uolls can follow rizky @sposabyrizky ... Kalau instagram ni cepat sikit nak update sbb senang , blog pulak rizky try update bit by bit bukannya apa , rizky pun baru nak learn buat blogspot ni :) ... Have a great day uolls ....


Untuk tantapan dan hayati keindahan alam walau pun panas yer kengkawan ...

Teringat kembali BDA Extravaganza Show 2012

Masa duduk sambil minum kopi , teringat pulak show2 rizky pada tahun lepas . Masa tu memang sibuk tapi disebabkan minat yang mendalam ...all baju2 yang dah disiap akan rizky telitikan dan tambah detail2 ... time tu Jarum , benang semuanya tersimpul2 sebab nk cantumkan manik labuci kat baju ..haha kalau teringat balik memang kelakar ... tapi bila baju dah di atas pentas , penat , sakit semua dah tak rasa sebab rasa gembira ... siapa tak gembira kalau baju yang diperagakan disambut baik oleh semua penonton dan diiringi pula dengan sorakkan .... Semua itu membuatkan rizky akan terus berusaha membuat yang TERbagus untuk masa akan datang , Insyallah....

Antara Couture yang sempat rizky snap



Kandhara Avant Garde by Rizkymikhail , model Anita Aziz ..





P/S : Terima Kasih kepada semua yang support ... Sejambak bunga rizky dapat dari friends yang datang ...hahaha TQ Uolls , next time bawa choc skali ok , xoxo for all .....



-LOVE-








Ahad, 2 Jun 2013

Sentuhan Exclusive Peplum Wedding Collection

Semuanya bermula dari sini , dari sebuah butik ke pentas peragaan dan menghasilkan baju collection yang mampu milik oleh semua lapisan masyarakat yang mengemari baju - baju pereka tempatan ...


Permainan warna dan fabrik oleh rizky telah menghasilkan baju ala unsur ' Modern Contemporary ' 


Perincian yang glam dan elegant menampakkan lagi kemewahan baju tersebut .


Selain dari itu , meterial kain juga memainkan peranan yang penting supaya nampak lembut dan beralun ..


Gabungan ilham dan pencipta 

  


- nay